Sunday, October 24, 2010

Makan kedai Cina tukang masak Indon


Kisah ni berlaku disekitar bandaraya KL baru2 ini yang diceritakan oleh rakan thru blog. 
Ada sorang member menceritakan tentang tragedi yg menimpa ofismatenya, ppuan. Setiap hari dia ni suka makan di kedai Cina tetapi tukang masaknya org Indonesia yang masak masakan Melayu termasuklah nasi putih sehingga ke lauk pauk dan aneka mee. Member ni memang suka makan mee kari. Boleh dikatakan setiap hari dia akan makan mee kari di kedai ini bersama2 dgn bf nya. 
Sehinnga pada suatu hari dia terlambat sampai ke kedai ni tetapi nasibaiklah tokey kedai ni menyimpankan untuknya mee kari favouritenya dan bf. Apalagi suka sangatlah member ni makan. Kebetulan pada hari tu dia nak pegi basuh tangan sekaligus nak pergi ke toilet. Dia pun ke belakang kedai. Semasa dia dibelakang dia ternampak tokey kedai sedang melihat pekerjanya membasuh periuk belanga. Lantas dia pun menegur tokey kedai, katanya tokey kan tak makan daging lembu kenapa masak juga tulang lembu? Tokey tu pun menjawab, itu bukan tulang lembu, itu tulang babi....masak mee kari campur daging babi baru sedap....
Apalagi member ni muntah sampai nak terkeluar isi perut kat situ juga. Kalau boleh nak samak perut dgn tanah, apatah lagi dia dah makan sekian lama kat kedai tu. 
Mulai dari aritu, dia pun menyebarkan kejadian itu kepada orang ramai dan tokey kedai tu pun tutup kedai dan lari entah kemana.....(Mungkin mencari tapak baru untuk bukak kedai baru dengan lebih berhati2).
Oleh itu, pengajaran dari kisah ini....berhati2 apabila makan di kedai Cina walaupun menulis logo HALAL.
Bertindak sebelum terlambat. Allahualam...............

Tuesday, July 13, 2010

Ucaplah Terima Kasih


Terima kasih adalah lambang syukur antara manusia kepada Allah SWT. Namun kalimah ini adalah juga simbol mahabah antara sesama insan. Kunci untuk mengeratkan ukhuwah antara manusia dengan manusia.

Aku memerhatikan masyarakat dari jauh dan dari pelbagai sudut. Kadang-kadang aku makin hairan melihat realiti bahawa masyarakat kita semakin ketandusan budi perkerti. Nilai-nilai ketimuran yang penuh kelembutan dan kesopanan yang satu ketika dahulu pernah dibanggakan lesap entah ke mana. Entahlah di mana silapnya. Mungkinkah salah didikan ibu bapa? Kurang belajar agama? Atau mengecapi kesenangan hidup dalam masa yang singkat? Ataupun disebabkan berada di oversea?
Terima Kasih
Thank You
Syukran
Baie Dankie
ありがとう(Arigato)
谢谢 (Xiexie)

Satu lafaz mudah, ringkas dan bermakna tetapi tidak ramai sudi melafazkannya. Sudah lama tidak bertemu dengan makcik anda,tiba2 pada suatu hari makcik anda menghadiahkan beberapa helai baju yang dijahitnya sendiri untuk anak anda tetapi anda tidak pula mengucapkan terima kasih di atas pemberian makcik anda sebaliknya mempertikaikan dan mengkritik motif pemberiannya. Pelik melihat budaya mengucapkan terima kasih ini makin lama makin terhakis akibat sikap sombong dan angkuh kita.

Fikir-fikirkanlah apa yang terkandung di sebalik ucapan tersebut. Mudah, namun mengandungi seribu makna. Menunjukkan identiti dan peribadi kita – mengenang budi ataupun memang spesis kurang mengenang budi. Kerana ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan ini, orang akan menilai kita. Kerana dua patah kalimah ini, mungkin ada orang berasa dihargai, dan mungkin juga ada orang berasa terasa hati apabila kalimah ini tidak dituturkan.

Aku menyeru sesiapa yang terbaca artikel ini agar sama-sama selepas ini menghidupkan kembali budaya berterima kasih sesama sahabat agar di kemudian hari, orang akan mengenali kita, generasi yang menghidupkan Islam sebagai generasi yang reti mengenang budi!

Ingat, selepas mendapat sesuatu pemberian, ucapkanlah terima kasih. Selepas penat guru memberi ilmu, ucaplah terima kasih kepadanya. Selepas sahabat kita membantu kita, ucaplah terima kasih kepadanya. Apabila ada insan yang memudahkan urusan hidup kita, ucaplah terima kasih kepadanya. Mudah sahaja kan?

Saturday, April 24, 2010

Al Khor.......

Its hard to say that it will be the end of this blog for stylishmother activities.....Stylishmother will go to stay at housing compound where all of us will stay with all friends everywhere. Its not only stylishmother from Al Merqab but it would be from the other place....So, in technically speaking, the stylishmother activities would be limited....We will see what we can do for stylishmother Al Merqab.....

Saturday, February 6, 2010

Family Day Al Merqab, Al Haya n La Palace

Date : 6th Feb 2010
Time : 9am (arrive)
10am (game for sport)
11 am (serve menu)
12 (lunch break)
3pm (balik n settle)
Menu : Al Merqab - nasi tomato
Al Haya - variety of mee
La Palace - nasi lemak

Will update later...sorry again

Rewang Family Day

Date : 5th Feb 2010 (Friday)
Time : 8am
Tools to bring: suitable with rewang

The rest will update later......sorry

Monday, February 1, 2010

Pasar malam Doha Embassy 2010

At 29th Jan 2010, is the first pasar malam after 2009 say goodbye. With success n enjoy. 2 meja wakil Al Merqab compare 1 meja last year. Meja 11 shared by me, K.Yati, Eda Kota, Zana n Wanie. Meja 13 shared by K.Ina Haris n Nor (last minute cancel due to maid problem).

K.Yati : menu nasi minyak ayam msk merah & nasi lemak udang or ayam
Eda Kota : mee rebus Jb, soto n mee kari
Zana : nasi kerabu with variety, air jimi asmara, kuih bronoks n kuih bakar
Wanie : Pulut Ayam, dadih tempoyak & serunding.
Me : Kuih puteri ayu, kuih popia n baju.

Alhamdullilah, happy n fun kalau tgk org dtg beli kat gerai we all. Mcm2 ragam. Ada yg dh beli tp bila tgk mknn kat gerai kami they all still jgk nk beli. Air jimi asmara mmg sold out awal2 coz maybe nama yg pelik so they all willing to try it out.
Apa2pun, million thanx to our president who are very helpful seems that most of merqab mother's ni yg suami keje n ada yg kena jaga anak so he take over to settle all the problem. Drpd mula kat bwh apartment angkar brg dlm kete until the end of pasar mlm angkut brg masuk balik dlm kete. Untung ada presiden mcm ni...

To gerai no 13, K.ina Haris terpaksa brun the bisnes alone coz A.Haris tdk brp sihat. Luckily Ain n Mat Dong yg sporting agreed utk join K.Ina....n Mat Dong suppose to kipas the satay. Tp disbbkn soket kat situ rosak (mmg tkde rezekilah) so cancel aktiviti mengipas....what to do...

Tp pasar malam embassy doha yg baru lps is great n fun. Thank you for all yg participate into this...

Jamuan utk Suhaila

As per plan buat kat blkg rumah akidah tp terlalu sejuk so tukar kat blkg tangga....tp kena tukar lagi ke rumah Suhaila coz anak dia si Aiman takde sapa yg bule jaga...so we all 2 kali pindah. Berangkutlah brg2 ke rumah Suhaila...n in the same time we all discuss regarding menu for family day....so decide menu utk kuih ialah as below:

Kuih : Kuih bakar all of us except 3 of them who volunteer to make dadih
Dadih (Ct, Wanie n Syidah)
Nasi tomato : K.Yati is looking for one volunteer to make nasi instead of her...hands up whoever volunteer...

Kelas Fardhu Ain

Kelas Fardhu ain yg pertama in 2010 as below:

Place : rumah Deana Pendi
Time : 8.30pg
Bayaran : QR10
Menu : Roti jala (provide by K.Yati)

Kelas bermula dgn bacaan Yassin atas permintaan tuan rumah. So before ustazah Azlina sampai bersama K.ina n Yati so we all start with bacaan Yassin. In the middle, ustazah sampai n carry on with ajaran Tauhid. Kelas fardhu ain selesai dlm pukul 11 tp diteruskn dgn acara mkn n minum as usual..... 

Thursday, January 21, 2010

Jamuan utk Suhaila

Date : 28hb Jan 2010
Time & Venue : 2f01(rmh K.Yati) jam 3ptg
Menu : nasi beriyani (ayam msk merah or gulai)(seems that Suhaila wish dpt rasa beriyani Qatar)
Payment : QR30(trmasuk hadiah) diserahkn pd K.Yati (today 22hb Jan 2010)
Masak beramai2 di rumah K.Yati

Stylishmother akan mengadakan satu jamuan utk Suhaila yg akan pulang ke Malaya pada 30hb Jan (if not mistaken). Everything will be confirm ASAP. Wish her all the best.

Tuesday, January 19, 2010

Tutorial Pizza



Sesiapa yg berminat utk belajar cara2 membuat pizza ala2 Pizza Hut Hawaiian Chicken bolehlah rujuk as below mention detail:

Date : 20hb Jan 2010
Time : 8.30am
Location : gf06 (rumah akida)
Yuran : free of charge
Bahan2 : sedia sendiri ye.
Tenaga Pengajar : Puan Nurain (wife Mat Dong) lecturer import from Msia.

Tutorial ni request by certain person yg tertarik n admire dgn pizza yg diserve oleh Puan Ain masa rewang Asyura haritu. Tak sama ye dgn pizza yg biasa sbb mmg sama n exactly the same dgn Pizza Hut Hawaiian Chicken recipe. (yg Pizza Hut x confirm sapa yg buat, tp yg ni mmg confirm kita yg buat).


Saturday, January 16, 2010

Pasar Malam Doha

Banyak sungguh aktiviti stylishmother start masuk tahun 2010. Its really a very nice beginning. Dengar pulak ada pasar malam on 29hb Jan ni di ruang legar Malaysia Embassy Doha. Kecil je tempatnya tp oklah, better exist than never. Ramai juga stylishmother yg ambitius nk join pasar malam tu. Awal2 lagi Wanie mmg nk plan join pasar mlm ni, maybe jual kuih utagha lah tu. Last year Wanie dh jual satay dgn Mek Nor tp Mek Nor pencen dh, tukar position. Last year pasar ramadhan pulak Syidah jual kuih tart raya n kuih nestum. Tak ketinggalan K.Yati dgn aneka juadahnya, seearly plan dh booking Cik Eda tolong dia masak. Cik Eda kata tolong masak n tolong makan pun boleh. Bagus ye Cik Eda kita ni. Bini sapa ni? Untung sungguh. Sorang lagi yg plan nk join ialah si Akidah, nk msk nasi dagang besut. Untung org pantai timur yg inginkn nasi dagang. Maybe Zana nk jual juga kuih apammm dia. Ada sorang lagi stylishmothermerqab ni yg nk join tapi x jual mknnlah nak display dress n felt craft je. Saja suka2. Sesiapa yg nk join tu bulelah inform kat we all, so kita bule discuss how is it to look the way. Harap2 plan pasar malam kita ni menjadi realiti. Jom discuss....

Plan for Family Day


Bestnya lah, lps rewang asyura ada family day....combine dgn 3 apartment sekaligus. Memang kudrat yg besar utk melaksanaknnya. Kena ada kata sepakat n bertolak ansur apabila melibatkan jumlah n kuantti family yg agak ramai. Setelah bbrp kali meeting, decision is as below :



Aktiviti : Family Day 2010 (Al Merqab, La Palace & Al Haya)
Tarikh : 6hb February 2010 Sabtu
Tempat : FamilyPark at Sheraton Hotel.
Waktu : 9 pagi - 3 petang
Acara : Aneka acara utk anak2, stylish mother n kaum bapa.
(jom pakat join ramai2 biar meriah skuad Al Merqab)
Menu : Nasi tomato,Ayam masak merah,acar timun.(Al Merqab)
: 2 jenis kuih, dadih & ???.
 (to be informed karipap kena cancel sbb Al Haya dh booking awal2 nk buat karipap n kek lapis)
maybe Mr Pres trlupa bgtau kita smlm, we'll discuss smula yg ni
Budget : 150 orang.

Kalau ada cadangan lain untuk makanan,sila hubungi k.ina /k.yati.
Barang2 akan dibeli oleh Mr President.
Reporter : Harakah CikCT (spekaer Merqab)



Rombongan Cik Kioq ke Souq

Dah berhempas pulas n bertungkus lumus menjayakan acara memasak bubur asyura n aneka kuih, maka lead stylish mother dh lama plan nk berombongan ke Souq Waqif. Saja2 je nk survey n cuci mata. Sesiapa yg berkeinginan nk join tu bulelah calling2....

Date : 17hb Jan 2010 (esok)
Time : confirm dgn lead.

Friday, January 15, 2010

Hari memasak bubur asyura....really happening



Terima kasih byk2 pd semua yg terlibat mahupun yg x dpt melibatkn diri krn aktiviti 2hari bubur asyura kita success. Especially to Wanie, coz kalau x silap beliaulah yg mula2 suggest nak buat bubur asyura ni. To her, suggestlh byk2 ye mcm suggest buat kuih onde2 tu, haru biru jadinya nasibaik x pink je.


Hari ni mmg acara kemuncak memasak bubur asyura, semua kena settle sblm kul 3 sbb ada meeting MM2C bulanan. Suasana pagi memang best dgn breakfast nasi dagang besut Akidah. Ditambah dgn jemput2 Shidah. Pastu Ain buat pizza....sebijik mcm Pizza Hut Hawaiian Chicken. Best giler...Kenyang perut pagi2. Alhamdullillah. Continue buat kuih karipap n kuih bom. K.Yati kena get ready masak bubur asyura wpun tenaga tinggal 40% je sbb baru lps masak catering org. But still maintain...Nasibaik ada Chairman n Mat Yuih tolong kacaukan bubur asyura. Kederat kuat.
Kulit karipap ada tinggal ckit lagi tapi inti dh abis so kenalah sedekahkan dkt sesiapa yg nak buat sendiri karipap. Nampak gaya mcm Cik Eda yg mengofferkan diri nak kulit tu. Tapi yg tensionnya, inti kacang kuih bom x abis2. Hari ni campur dgn smlm dh nak masuk 10paket tepung pulut(maybe lebih kot). At last K.Yati ambil inti tu buat kuih kasturi (aku dgn Su je yg panggil kuih kacang). Mcmana boleh panggil kuih kasturi sbb x nmpk reason utk dipanggil kuih kasturi. Hanya Cik Eda yg tahu..hehehe. Harini cameraman x bertauliah, Zana as usual ambil posisi utk snap aksi2 menarik stylishmother utk dipastekan dlm fb dia. Nasiblah sapa2 yg kena. K.Ina pulak bukak topic baru iaitu rombongan Cik Kioq ke Souq.....
In the middle of rewang, datanglh Cik Mar yg sarat berbaju pink pekat dgn senyum simpulnya. Jauh dtg tu dr AlKhor. U are still stylishmother Merqab.
Pukul 3 lebih meeting start tapi kaum bapa je discuss, stylishmother discuss bermcm2 topik sendiri. At last, speaker stylishmother Merqab pun announce apa2 yg sepatutnya stylishmother ni tahu. Nanti u all check at the next post ye or bule direct to activity tab.
And tibalah masa utk ltk bubur dlm bekas. Tukang isi Cik Wanie n Zana. Kalau rasa2 ada kurang tu bulelah cari diorg ni ye. Yg arrange bekas si Su, Deana n K.Anis. Kalau rasa2 bekas tu pecah2 bulelah cari diorg ni maybe diorg buat keje kasar ckit...heheheh....Yg ltk bekas kat atas meja, Ina Klot. Nasibaik x patah meja tu. Kalau patah claim dkt dia ye. Woit!!Everybody....just joking...jgn amik hati. Bak kata Cik Eda (asyik nama ko je) kalau x bule gurau duduk surau, kalau x bule jgk, pegilah duduk blkg surau.
Last sekali masa nak distribute bubur....pun happening jugak. Semua dapat trmasuklh, rakan2 Indonesia, India muslim n non muslim Msia. Masa ni mmg kritikal sbb dh dkt nak azan so kena distribute cpt, kena kemas brg, carilh mana2 brg sendiri, kena mop lantai(keje kaum bapa) n mcm2 lagi. Masa ni Mek Nor dtg....takpelah Mek Nor, kitorang sume faham ur condition...tak amik gmbrlah kalau x bule ltk kat sini.
Apa2pun event ni mmg happening. Thanx to all of stylishmother kerana menggamatkan suasana winter ni.Kerjasama sama mcm Wonderpet. Lainkali kita buat lagi, sebelum kita semua kena pindah ke Al Khor......


knp ko zana? sakit apa?


inilah tukang goreng kuih2 merqab ni. kalau tkde diorg mmg x msklh kuih kita.


muka wanted tu...tokey karipap


gelek ina jgn x gelek...kalau karipap terbukak masa goreng cari mek Ti aaa..


seawal merewang.....tugas masing2...si Ani setia dgn sesame street dia...


Eda, kalau gmbr ni dpt kat Zana mmg harubiru....

Merewang bubur asyura....happening



Memang happening. Bukan merewang bubur asyura je tapi karipap n kuih bom pun merewang jgk. Aktiviti bebas, ada yg kupas kulit kentang, kupas bwg, potong kcg, uli kulit karipap dll yg mmg byk...tapi rasa mcm sekejap je settle semua benda. Banyak juga juadah yg dibawa oleh stylishmother ni n mmg best coz mkn ramai2. Meehoon sup as per plan, K.Yati yg bawa. Nasi lemak ikan aya Cik Eda kita, pie si Ain yg buat, puding, popis basah n kering x sure siapa yg buat. Kuih apam siapa ye yg buat :). Zana ler.... Memang happening n more than words can say. Chef K.Yati mcm biasa memberi arahan apa yg patut dibuat. Yg sure ada 2 group merewang kuih. Group karipap n kuih bom. Si Fatin n Cik Eda lah punya keje, diorg jadi lead. Apalagi mmg gamatlah. Nasibaik tak kena bom je geng karipap...heheheh. Teacher karipap Yati advise je...coz x bule buat keje berat. Sakit pinggang. Ada juga kerja yg dibuat didlm rumah Akidah, itu job Akidah, Ain n Syidah. K.Ina once a while dlm n luar. Cik Su pun dtg juga memeriahkan suasana. Lepas abis school time, Mek Ti datang dgn loud speakernya. Dah penat kat sekolah still datang even dh dkt nk abis rewang. Semua stylishmother hadir menyumbangkan tenaga. Mek Nor je yg x dpt dtg kerana menjaga anaknya yg kurang sihat. Apapun its really amazing for the great stylishmother Merqab.


Masa ni baru warming up....sejuk lagi....

kudrat kat dapur....Ain rebus ayam


Ini geng kuih karipap...tokey karipap n teacher karipap


Yg ni bab pegang sudip, pegang dayung serahlah dkt dia


Yg ni geng kuih bom da boom

Wednesday, January 13, 2010

Jogging....oh....jogging

Mana2 stylishmother yg nak mengeluarkan peluh di pagi winter ni bulelah join dgn K.Ina Haris our lead. Bule contact phone no or pegi je rumah or fb ke kalau nak tanya apa2 regarding jogging ni. Yang ada anak kecil, bulelah suruh roomate tolong jagakan kejap....Lepas tu bulelah mkn roti prata ke cover balik peluh yg kuar tu....heheheh....:) saja suka2...Peminat setia jogging yg registered Eda & Zana. Wanie & stylishmother yg lain! ada brani? (working mother Ct n Mek Nur keep asidelah, tp mek nur hari2 dia jogging pegi keje :))

Statement K.Ina Haris : - ibu2 mane nk join..kami mula 5.50am pas bus anak2 gerak.lokasi sntiasa ubah2 ikut rentak kaki...don't worry b4 8am 4 sure dh smpi umah masing2

Tuesday, January 12, 2010

Adik Aiman (anak Suhaila & Faizal)

Anak kepada seorang sahabat kita, Suhaila & Faizal (Adik Aqif ) telah dimasukkan ke Hamad Hospital malam tadi akibat masalah kesihatan.
Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Adik Aiman segera sembuh dan Suhaila sekeluarga diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Semoga dipermudahkan urusan Suhaila sekeluarga dalam menghadapi ujian.

Saturday, January 9, 2010

Virus H1N1 di Doha


Berita yg baru diterima dari jiran kita Al Haya, Nojie Alias berkenaan dgn floormatenya yg disyaki dijangkiti virus H1N1 ni. Ibu dan 2 anaknya yg berketurunan India Muslim telah dimasukkan ke hospital. So, harap kita dpt berhati2 dgn virus ini yg amat mudah menular. (Apapun ianya belum dapat disahkan). Cegah sebelum kena. harap maklum.


Friday, January 8, 2010

Only a suggestion


Seems, we are getting more active, i have 1 suggestion. Why dont we choose one lead n assistant? Senang ckit stylishmother nk propose any kind of activities. Tak perlu pun diundi, just point a finger to who we think able to handle this job. Bukan apa, kalau ada meeting dgn committe Merqab ni x perlulah semua stylishmother ni attend. Just yg choosen je pegi mengadap chairman...hehehe....

I suggest as below(suggest jer, depends on majority stylishmother) :

Lead : K.Ina Haris
Assist : K.Yati Rashidi
Bendahari : Wanie Yus (sbb ni kan ibu kutu)
       even coolmother mmg tkde kena kuar duit pun.

One news update

Date : 15th Jan 2010
Time : 3pm
Location : to be informed
Topic : Discussion about 'Family Day Merqab 2 2010'
Menu : Karipap n kopi or teh

Yang ni nak diwar2kan *
  • pada hari Khamis (merewang) kaum ibu kena buat inti karipap
  • pada hari Jumaat (masak) kena buat karipap sbb mlm tu nak makanlah.
# memang gemuklah nnti stylishmother merqab ni, asyik makan, makan n makan. Kena get ready fitness.

Meeting bubur asyura

Date : 7hb Jan 2010
Location : Surau (tukar ke gym)
Time : 3pm
Lead by : K.ina n K.Yati
Menu : ringan2 je kepok, kuih 2 jenis, air kopi n teh (Zana n Eda yg prepare)
Topik :
  • - decide persetujuan tentang bubur asyura
  • - discuss bahagian tugas *K.Yati n K.Ina pergi beli brg (siapa driver?)oo ye Cik Ct ler.
  • - decide date untuk merewang n masak
  • - prepare utk 21family (Merqab) + outsider yg bayar yuran (to be confrim dgn chairman)
  • - tukang masak semua stylishmother tp ketua mestilah Chef K.Yati
  • - menu bubur asyura selatan tapi Chef bgtau dh kalau ada yg nk share resipi asyura yg lain.
  • - bahan2 bubur asyura - rempah kurma, kcg kuda dll


So, semua agree as below mentioned:

Date masak : 
  • This coming Friday 15th Jan 2010 9am
  • Tolong bawa skli  apa2 brg yg rasa perlu utk merewang (pisau, besen, papan, etc)
  • Kalau sudi bawalah apa2 kuih or air yg ringan2 je (yg ni x wajib, cuma suka2 je)
  • Akidah kata nk sponsor nasi dagang (stylishmother je, bapa2 mkn di rumah masing2)

Date merewang :
  • Thursday the day before (in meeting kata pukul 3pm tp dh tukar to be advise)
  •  info same as above
  • Yg ni, K.Yati kata sponsor mee hoon (sejuk2 sedap mkn 'K.Yati kata').
  • Wanie buat air kopi & tepung beras. Fully recoveredlah tu
  • Eda buat air teh

    Harap2 hari tu x hujanlah, kalau x kena tukar tempatlah.....(hujan x?) Hopefully it goes smoothly.

Main kutu 2010

Senarai nama penerima kutu 2010.

1. Nur -Jan
2. Mar -Jan
3. K.ina - Feb
4. Su - Feb
5. K.Yati - Mac
6. Nur - Mac
7. Su - Apr
8. Zu - Apr
9. Zah - May
10. Zu - May
11. Mar - Jun
12. Eda - Jun
13. Nur - Jul
14.Noni - Jul
15. Wanie - Aug
16. Ain - Aug
17. Zah - Sep
18. Yati - Sep
19. Deana - Oct
20. Aqidah - Oct
21. Su - Nov
22. K.Yati - Nov
23. Zana - Dec
24. Anie - Dec

Walaupun sblm meeting kutu2, we were inform x ramai yg nk join...but then this is what we get...ramai jgk...mana taknya sorang dpt QR6k...itu kalau main 1lot (sorry eda x bg ckp 1kepala), kalau yg main 2lot, lagi byk kalau main 3lot mcm Su Faisal n Nor Batman....kejap je bule dpt QR18k kalau dpt berderet2 no...
Apapun yg kita terima, bersyukur kehadratNya kerana itulah rezeki yg kita terima....
Tengok pada fb Wanie, coming person yg dpt kutu x lama lagi is plan nk belanja prafelate kat Merweb.....best ar kalau camtu...hehehe...person tu kalau x main kutu pun, bulan2 masyuk banyak,mek nur lah sapa lagi....Apa2pun, belanja atau tidak, itu x kisahlah, yg penting kita dpt fulus....
  • Date: x ingatlah bila
  • Time: 3pm (tp biasalh terlebih2 3pm)
  • Location: Rumah Zana Remboe
  • Menu: Laksa Johor plus kuih muih dr mereka yg prihatin (serimuka, puding roti, kek coklat, karipap yg lain2 sorry x ingat)

Harap2 aktiviti will remain, di samping dpt mengeratkan silaturrahim n dijauhkan perkara2 yg boleh memporakperandakn silaturrahim ini. Amin


Foto ehsan dr Zana Remboe

yg baju putih tu, ibu kutu...


diorg ni in the discussion of the new design abaya (kaler kuning tu)


diorg ni practice senyum, cuba teka senyum sapa paling kelako skli...mestilah si su,knplh mcmtu su???

Monday, January 4, 2010

Activity


Di sini ialah aktiviti2 stylishmother yg telah confirm approved by MM2C Committee :

1. Membuat bubur asyura - Jumaat 15hb Jan 2010 (BERJALAN DGN LANCAR & JAYANYA)
2. Family Day (Al Merqab, La Palace & Al Haya) - Sabtu 6hb Feb 2010 by HarakahCt



#Mana2 aktiviti yg telah dijalankan x dapatlh nk direcallkan di sini becoz its too much. Kalau nk note down kat sini, nampak gayanya tak siaplah product2 tempahan blogger :)

Sunday, January 3, 2010

Cadangan

As per CtMandin request, entry ini dicreate untuk memberi ruang pada stylishmother memberi cadangan apa2 aktiviti yang bermanfaat pada semua. Anyway, all of it will propose and handle by our lead (K.Ina or K.Yati). Just leave your comment below and we'll see what we can do for it. Ct, why dont u be the first to leave your suggestion here....heheheh....enjoy your day.

Cadangan:

  1. adakan class utk first aid n how to handle emergency case... as a basic knowledge, who knows we can use it... ini mek nur punya job :) - suggest by Wani
  2. adakan kelas masak memsk...eloklah tu :) - suggest by Cik Ct (apa2 pun nk blaja smbl magga dgn Eda, best giler smpi teringat2)
  3. Cik Ct nak kongsi dengan semua stylishmother cara mengajar anak mengenal huruf dan membaca secara phonic. Cik Ct akan bawa material.Sebab Cik Ct x sempat buat kelas..jd kalau ibu2 ada kelapangan boleh ajar anak2.Terbuka kepada semua anak2 kecil yg dah boleh bercakap walaupun pelat dan yang belum fasih membaca..hehehe...cadangan date hari bekerja kul 4 ker..weekend pagi kul 10 (anak dah bangun)..- suggest by Cik Ct jugak...cayalh mu mek...
  4. setuju dgn cadangan cik ct...tapi GF10 dh x de anak pelat,,,,,mak dia yg baru nk blajar.bleh kan..cadangan hari bekerja 3.30ptg sbb 4ptg tu dah hampir dgn bapa2 nak balik kerje.jadi dari 3.30-4.30ptg..janji masa mesti tepat...wokey - ini K.Ina lah suggest ...(nasibaik bgtau duduk kat mana kalau x sapalah agaknya ye)




Saturday, January 2, 2010

Members

Members of stylishmothermerqab :

to be done...sbb x sempat nk buat lagi...hehehe...maybe 2 or 3 more days....sorry

Friday, January 1, 2010

Home



Stylishmother dicipta sekadar untuk menambahkan suasana ceria Merqab, disamping mengeratkan silaturrahim. Aktiviti2 yang telah dijalankan atau akan dilaksanakan even yang baru je suggest akan dipostingkan di blog ini. Harapan agar ianya boleh disharekan bersama semua stylishmothermerqab walaupun ia pada asalnya hanya sekadar renungan, info n suka2 je to the blogger's. Alhamdullillah, segala yg baik dan elok itu datang hanya dr Allah s.w.t dan segala yang buruk itu datang dari saya, hamba Allah yg serba kekurangan.