Sunday, October 24, 2010

Makan kedai Cina tukang masak Indon


Kisah ni berlaku disekitar bandaraya KL baru2 ini yang diceritakan oleh rakan thru blog. 
Ada sorang member menceritakan tentang tragedi yg menimpa ofismatenya, ppuan. Setiap hari dia ni suka makan di kedai Cina tetapi tukang masaknya org Indonesia yang masak masakan Melayu termasuklah nasi putih sehingga ke lauk pauk dan aneka mee. Member ni memang suka makan mee kari. Boleh dikatakan setiap hari dia akan makan mee kari di kedai ini bersama2 dgn bf nya. 
Sehinnga pada suatu hari dia terlambat sampai ke kedai ni tetapi nasibaiklah tokey kedai ni menyimpankan untuknya mee kari favouritenya dan bf. Apalagi suka sangatlah member ni makan. Kebetulan pada hari tu dia nak pegi basuh tangan sekaligus nak pergi ke toilet. Dia pun ke belakang kedai. Semasa dia dibelakang dia ternampak tokey kedai sedang melihat pekerjanya membasuh periuk belanga. Lantas dia pun menegur tokey kedai, katanya tokey kan tak makan daging lembu kenapa masak juga tulang lembu? Tokey tu pun menjawab, itu bukan tulang lembu, itu tulang babi....masak mee kari campur daging babi baru sedap....
Apalagi member ni muntah sampai nak terkeluar isi perut kat situ juga. Kalau boleh nak samak perut dgn tanah, apatah lagi dia dah makan sekian lama kat kedai tu. 
Mulai dari aritu, dia pun menyebarkan kejadian itu kepada orang ramai dan tokey kedai tu pun tutup kedai dan lari entah kemana.....(Mungkin mencari tapak baru untuk bukak kedai baru dengan lebih berhati2).
Oleh itu, pengajaran dari kisah ini....berhati2 apabila makan di kedai Cina walaupun menulis logo HALAL.
Bertindak sebelum terlambat. Allahualam...............

No comments:

Post a Comment